|
Bilakah Kolej PSDC membuat pengambilan pelajar baru?
- Pada Bulan Mei / Jun / Julai / Ogos / Disember setiap tahun
- Terbuka kepada semua calon lepasan SPM/SPMV/SMA
- Program Kerjasama UTM
- Diploma Teknologi Elektrik Kuasa (DME)
- Diploma Teknologi Elektronik Industri (DTE)
- Program PSDC + JPK
- Diploma Teknologi Komputer (DTK)
- SKM - Juruelektrik (JEK)
- SKM - Instrumentasi Perindustrian dan Kawalan (IPK)
Bagaimana dengan kemudahan pinjaman pengajian?
- Pinjaman pengajian dari MARA, PTPTN, Yayasan Pahang dan lain-lain Yayasan Negeri ada disediakan tertakluk kepada syarat kelayakan calon serta kelulusan akademik calon.
- Tempoh pembayaran balik pinjaman adalah bergantung kepada perjanjian yang dibuat antara pemohon dan institusi pinjaman terbabit (MARA, PTPTN, Yayasan Pahang dan
lain-lain Yayasan Negeri). Pada kebiasaanya pelajar dikehendaki membayar balik pinjaman dalam tempoh 6 bulan selepas TAMAT pengajian. Pelajar yang gagal membayar balik atas sebab belum mendapat sebarang pekerjaan boleh mengemukakan rayuan tertakluk kepada pertimbangan institusi terbabit.
Di manakah penganugerahan Diploma akan diadakan?
- Pelajar-pelajar yang mengikuti program Diploma UTM majlis penganugerahan akan diadakan di Kampus Induk UTM, Skudai Johor Bahru.
- Pelajar-pelajar yang mengikuti program Diploma Jabatan Pembangunan
Kemahiran majlis penganugerahan akan diadakan di Kampus PSDC, Kuantan, Pahang.
Apakah ada peluang melanjutkan pelajaran selepas tamat
pengajian di Kolej PSDC?
- Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian Diploma UTM berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah di IPTA seperti UTM, UUM, OUM,
UniKL dan sebagainya tertakluk kepada keputusan CGPA pelajar.
- Pelajar yang berjaya menamatkan Diploma Kemahiran Malaysia (Sistem
Komputer) berpeluang untuk menyambung pengajian ke lain-lain IPTS seperti UniKL dan
Japan Malaysia Technical Institute (JMTI) dan sebagainya tertakluk kepada keputusan peperiksaan akhir pelajar.
Apakah kelebihan Kolej PSDC?
- Pada asasnya adalah sebuah pusat latihan kemahiran industri yang ditubuhkan oleh kerajaan dan mendapat dana secara berkala dari kerajaan. Bersifat dwi fungsi sebagai pusat peningkatan kemahiran industri dan juga sebagai pusat pembelajaran akademik
- Mempunyai kelebihan kerana bekerjasama dengan sektor industri dalam menyediakan peningkatan kemahiran yang diperlukan dalam guna tenaga kerja industri
- Pelajar yang mengikuti program didedahkan dengan sepenuhnya kemahiran yang diperlukan oleh industri secara “hands on” di makmal-makmal
Kolej PSDC yang dilengkapi kemudahan berasaskan industri terkini.
Apakah aktiviti dan kemudahan yang disediakan untuk
pelajar?
- Pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di sini berpeluang untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar sama
ada berbentuk ilmiah mahupun aktiviti luar.
- Pelajar-pelajar juga mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang berfungsi sebagai badan perantaraan antara pelajar dan pihak pengurusan dalam memantau dan menguruskan permasaalahan semasa pelajar.
- Pelajar-pelajar dari luar yang memerlukan penginapan turut disediakan kemudahan tersebut.
- Kampus ini juga dilengkapi dengan kemudahan Bangunan Pusat Sumber 2 tingkat yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan “online”, bilik mini theatre di samping
kafeteria dan juga Kedai Koperasi Serbaguna untuk kemudahan pelajar.
Apakah cara untuk memohon kemasukan ke Kolej PSDC?
Permohonan boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut:-
- Melalui keratan slip permohonan daripada risalah atau flyer Kolej PSDC
- Melalui keratan slip permohonan daripada iklan Kolej PSDC yang disiarkan melalui akhbar-akhbar tempatan
- Permohonan secara bertulis melalui pos atau faks dengan menyertakan butiran seperti Nama Program Yang Dipohon, Nama dan Alamat Rumah Yang Lengkap, No. Kad Pengenalan serta Nombor Telefon yang mudah untuk dihubungi disertakan dengan salinan keputusan peperiksaan SPM / SPMV anda ke alamat berikut:-
Kolej PSDC
Unit Kemasukan Pelajar, Bahagian Teknologi Maklumat
Kampus PSDC, Taman Perindustrian Semambu
25350, Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5673200 / 3191 Faks : 09-567 3192
E-mel : unitkemasukan@psdc.gov.my
Bagaimana saya ingin menghubungi staf yang menguruskan sijil
setelah tamat pengajian di Kolej PSDC?
- Untuk program DTE dan DME, bolehlah menghubungi Puan Salimi di
talian 09-5673200 sambungan 404 atau e-mel
salimi@psdc.gov.my.
- Untuk program IPK, JEK, DTK dan DKM, bolehlah menghubungi Puan Haslinda
di talian 09-5673200 sambuangan 405 atau e-mel
haslinda@psdc.gov.my.
- Anda dikehendaki menjelaskan semua tunggakan yuran jika ada untuk
membolehkan anda mendapatkan sijil.
Bagaimana saya ingin mengetahui keputusan terkini peperiksaan saya?
- Anda bolehlah menghubungi Penasihat Akademik anda untuk mendapatkan
keterangan lanjut.
- Bagi program DTK dan DKM, surat keputusan peperiksaan akan dihantar ke
alamat tetap pelajar.
Bagaimana saya ingin mengetahui status permohonan saya di Kolej
PSDC?
- Anda bolehlah menghubungi Unit Kemasukan di alamat e-mel
unitkemasukan@psdc.gov.my
atau menghubungi staf Unit Kemasukan Kolej PSDC.
- Anda juga bolehlah menggunakan kemudahan maklumbalas dalam laman web
Kolej ini untuk bertanyakan status permohonan anda. Staf kami akan
menghubungi anda dalam masa 5 hari bekerja.
Bagaimana jika saya berminat untuk menjawat
jawatan dalam Kolej PSDC?
- Anda bolehlah menyemak iklan jawatan kosong di laman web Kolej PSDC
dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah dengan etika berpakaian pelajar ketika berada di
Kolej PSDC?
- Anda bolehlah menyemak peraturan berpakaian dalam laman web Kolej
PSDC - di menu Program dan klik Peraturan Tatatertib.
Bagaimana jika saya berminat untuk mengikuti kursus jangka pendek
atau kursus lepasan graduan di PSDC?
- Anda bolehlah menghubungi staf Bahagian Pembangunan Perniagaan di
alamat e-mel
traininginfo@psdc.gov.my atau melayari laman web PSDC di
www.psdc.gov.my.
Bagaimanakah saya ingin mengetahui adakah saya layak untuk sesuatu
program di Kolej PSDC?
- Anda bolehlah melayari menu Program, dan klik Diploma/Sijil untuk
mengetahui syarat-syarat kelayakan porgram di Kolej PSDC.
Adakah Kolej PSDC menjalankan program separuh masa dan apakah had
umur yang dibenarkan?
- Semua program di Kolej PSDC dijalankan sepenuh masa sahaja.
- Tiada had umur bagi menyambung pengajian di Kolej PSDC.
Jika saya dikehendaki untuk melaporkan diri pada pengambilan
pertama dan saya tidak dapat melaporkan diri pada pengambilan pertama,
adakah saya boleh melaporkan diri pada pengambilan ketiga untuk sesi
Julai nanti? Jika boleh, bagaimanakah caranya?
- Anda bolehlah menghubungi staf Unit Kemasukan di alamat e-mel
unitkemasukan@psdc.gov.my
untuk memaklumkan status pendaftaran anda.
Bagaimanakah saya ingin mengetahui yuran pengajian dengan
terperinci?
|