Utama | Profil | Program | Direktori | Pautan | Aktiviti | Pengumuman | FAQ | Maklum Balas | Mohon Online | Galeri
MAKLUMAN DARI BAHAGIAN AKAUN
Untuk makluman, bermula Ogos 2010 Pihak Akaun akan mengumumkan
Senarai Nama Pelajar yang dibayar lebihan melalui web site Kolej. Hanya nama yang dibayar sahaja akan diumumkan. Adalah diingatkan bahawa kos caj bank adalah di atas pihak pelajar.
Jadual pembayaran pihak akaun adalah sekali dalam sebulan. Oleh yang demikian jika nama anda tidak tersenarai maka anda diminta untuk menyemaknya pada bulan berikut.
MAKLUMAN DARI BAHAGIAN AKADEMIK
Kepada pelajar DTE & DME, slip keputusan peperiksaan akhir Sesi Jan 2010 boleh diambil di Pejabat Akademik mulai sekarang.
MAKLUMAN DARI UNIT REKOD
Surat Tawaran Menjalani Latihan Industri (LI) Bagi Program Diploma Kemahiran Malaysia Sistem Komputer (DKM) Untuk Sesi Julai 2010 boleh diambil dengan PUAN HAYATI di Wisma ICT.
MAKLUMAN DARI BAHAGIAN UNIT REKOD
Pendaftaran Menyambung Bagi Julai 2010 – Pelajar DTE, DME , DTK & DKM.
Untuk makluman, pihak rekod telah menghantar surat menyambung
kepada pelajar bagi sesi Julai 2010.
Pendaftaran bagi pelajar DTE, DME, DTK & DKM adalah seperti ketetapan berikut :-
DTE / DME - LI
1 JULAI 2010 (KHAMIS)
CONTOH SURAT
DKM - LI
5 JULAI 2010 (ISNIN)
DKM
8 JULAI 2010 (KHAMIS)
DTE / DME
5 OGOS 2010 (KHAMIS)
DTK
Kepada semua pelajar DME dan DTE yang sedang menjalani Latihan Industri berikut adalah maklumat pembentangan latihan industri.
Tarikh Pembentangan: 24 - 31 Mei 2010 Jam: 8.45 am - 4.45 pm
Keperluan Pembentangan: 1. Slide presentation dalam Microsoft Office Power Point 2. Log Book 3. Laporan Latihan Industri yang telah siap dijilid
Pelajar mesti menghantar draf laporan dalam bentuk 'soft copy' kepada SV masing-masing pada 13 Mei 2010 untuk semakan sebelum dijilid. Kegagalan menghantar 'soft copy' akan menjejaskan markah 'presentation' anda. Sila berhubung dengan SV masing-masing untuk maklumat lanjut. Sila klik pautan dibawah untuk jadual giliran 'presentation'.
MAKLUMAN DARI UNIT AKAUN
Keputusan permohonan 52 pelajar DME yang memohon semula PTPTN ("MQA expired") boleh diketahui pada 8 Mei 2010.
Sila semak keputusan melalui website PTPTN. Sekiranya diluluskan, PTPTN akan membiayai penajaan saudara/i mulai Sesi Jan 2010.
MAKLUMAN DARI BAHAGIAN HEP
Dimaklumkan pembelajaran bagi sesi Jan 10 akan berakhir pada 22/05/10(Program UTM) dan 31/05/10(Program DTK/DKM).Oleh yang demikian pelajar dikehendaki mengosongkan asrama. Barang-barang boleh disimpan di rumah Fellow(323). Barang hendaklah diisi dalam beg atau kotak dan di ‘seal’ dengan salofontape.Sebarang masalah mohon berjumpa dengan Cik Muhida. Kegagalan mengosongkan asrama akan dikenakan tindakan tatatertib. Kepada pelajar yang berminat untuk tinggal diasrama bagi semeter pendek dan sesi Julai 10 mohon berjumpa dengan pihak HEP.
Pendaftaran semester pendek bermula 12/4-31/5/2010.
Jika berminat sila daftar di Kaunter HEP segera.
Program Minggu Bimbingan & Kerjaya serta Minggu Aktiviti Pelajar telah dijalankan pada 26 hingga 30 April 2010 yang lalu. Berikut adalah slot ceramah serta aktiviti yang dilaksanakan pada minggu tersebut :
1. Tokoh Usahawan Muda, Puan Mimi CEO dari Aquasis, Gebeng berkongsi pengalaman bersama pelajar.
2. Ceramah HIV & AIDS bersama Dr Hajah Nor Aiza, Ketua Penolong Pengarah(Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.
3. Ceramah bersama Jabatan Keselamatan Jalanraya (JKJR) oleh Puan Aini, Pegawai JKJR.
4. Program ‘SMART BIKERS’ bersama PDRM yang diketuai oleh ASP Tuan Abdul Hisham Husein, Ketua Bahagian Trafik IPK Pahang turut mendapat sambutan pelajar.
5. Dalam slot Asas Penulisan Resume pelajar berkongsi maklumat bersama Cik Faraliza Abd. Rahman, Pengarah HEP.
6. Program Motivasi bersama Tuan Haji Azman Taher juga tidak kurang hebatnya dan mendapat sambutan pelajar.
7. Jualan & Pameran Buku Creatives Enterprise turut diadakan.
8. Program menderma darah kepada Tabung Darah HTAA
Minggu Bimbingan & Kerjaya serta Aktiviti Pelajar turut diserikan dengan persembahan pelajar oleh Kumpulan Ilhan Nur, Fendi & Group dan persembahan solo Saudara Nu’man serta Demonstrasi Silat.
Program Explorace Kelab Media juga turut disertai pelajar manakala penutup acara mempertemukan Pilihan Staf dan Pilihan Pelajar dalam acara tarik tali anjuran Kelab Usahawan Pelajar yang dimenangi oleh Pilihan Pelajar.
Tahniah diatas kejayaan semua warga PSDC dalam menjayakan Minggu Bimbingan & Kerjaya pada kali ini.
MAKLUMAN DARI BAHAGIAN HR
GELOMBANG KE 2 H1N1 KEMBALI
Gelombang kedua Influenza A (H1N1) di negara ini sudah bermula, berikut disertakan langkah-langkah pencegahan untuk tindakan bersama :
1) Mengutamakan penjagaan kebersihan diri
2) Mendapatkan rawatan segera sekiranya ada simptom batuk, demam dan selesema
3) Mendapatkan suntikan antiviral di klinik dengan segera sekiranya didapati mengalami simptom-simptom seperti diatas.
Kepada : Pelajar DME & DTE Tarikh : 1 Februari 2010 Perkara : Pindaan Tarikh Cuti Pertengahan Semester 2-2009/2010
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.
Adalah dimaklumkan merujuk kepada "Pekeliling UPPM UTM Bil.1/2010" bertarikh 28 Januari 2010 telah membuat keputusan meminda tarikh cuti pertengahan semester ini daripada 6 hingga 14 Mac 2010 kepada 13 hingga 21 Februari 2010. Sila Rujuk Jadual terkini di papan kenyataan di hadapan Pejabat Akademik / Unit Peperiksaan / Hadapan Bilik Pensyarah-Blok IT-Bawah untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
MAKLUMAN DARI BAHAGIAN IT
PSDC mewakili SUK Pahang akan menyertai pameran sempena Majlis Pelancaran MyID dan Persidangan Ketua-ketua Agensi Sektor Awam, bertempat di Putrajaya International Convention Centre pada 18 Januari 2010. Perkhidmatan yang akan ditawarkan pada pameran ialah : "Semakan Maklumat Akademik Pelajar"
DARI UNIT REKOD KOLEJ PSDC
UTM telah mengeluarkan PERKELILING UPPK BIL/2009 yang bertarikh 4 September 2009. Kesemua pelajar DME & DTE diminta untuk membaca dan memahami peraturan baru yang telah ditetapkan oleh UTM di dalam perkeliling ini. Untuk makluman, perkeliling ini juga telah ditampal di papan kenyataan di hadapan pejabat Akademik, Blok IT. >SILA KLIK DI SINI<
Pendaftaran Sistem Maklumat Pelajar PSDC (SMPP) Pelajar-pelajar Kolej PSDC DIWAJIBKAN mendaftar Sistem Maklumat Pelajar PSDC (SMPP) menerusi website Kolej. Pendaftaran perlu dibuat sebelum atau pada 6 Ogos 2009. Bagi pelajar yang sudah mendaftar dan terlupa kata laluan, sila klik menu Pautan > Sistem Maklumat Bersepadu, dan rujuk bahagian Lupa Kata Laluan. Untuk mendaftar, klik menu Pautan > Sistem Maklumat Pelajar PSDC. Berikut ialah langkah-langkah yang perlu dilakukan. Langkah 1: Daftar Sistem Masukkan nombor kad pengenalan pada kotak PENDAFTARAN BARU SISTEM. Anda dikehendaki menjawab beberapa soalan dan jika jawapan yang diberikan adalah betul, anda dikehendaki memberikan kata laluan apabila menggunakan sistem ini pada masa hadapan. Anda perlu melakukan perkara ini sekali sahaja. Langkah 2: Log Masuk ke SMPP Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk melihat maklumat peribadi, keputusan peperiksaan, kehadiran dan sebagainya pada bila-bila masa.
RABU - 8 APRIL 2009
TMNet Direct
Sukacita dimaklumkan bahawa bermula pada 8 April 2009, capaian Internet di PSDC telah menggunakan TMNET Direct (Leased Line 2MB) bagi menggantikan Streamyx yang digunakan sebelum ini. Dengan adanya TMNET Direct ini, capaian Internet akan lebih stabil berbanding dengan Streamyx yang kurang stabil sebelum ini.
Kemudahan USB Extension Cable
Untuk makluman, kesemua PC di Makmal Multimedia telah dipasangkan USB Extension Cable untuk kemudahan pelajar menggunakan thumbdrive semasa sesi pembelajaran. Mohon kerjasama pelajar memastikan kemudahan tersebut dijaga dengan baik dan tidak beralih daripada kedudukan asalnya supaya dapat menjamin keharmonian bersama.
Aktiviti Kelab Pelajar 2010
Peluang Kerjaya
Semakan Maklumat Akademik Pelajar
Anda mempunyai sebarang komen/aduan?
Permohonan Online Kemasukan Sesi Jan 2011
Risalah Ramadhan 1431H
< muatturun >