Peraturan Tatatertib Pelajar Kolej PSDC

PERATURAN TATATERTIB AM

  1. Dikuatkuasakan kepada semua pelajar Kolej PSDC yang mendaftar sepenuh masa dari tarikh hari pendaftaran.
  2. Seseorang pelajar mestilah :-
    1. Berkelakuan baik dan mematuhi segala undang – undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sepanjang belajar di Kolej  dan rela menerima tindakan tatatertib sekiranya melanggar peraturan yang telah ditetapkan tidak kira sama ada kesalahan besar ataupun ringan.
    2. Menjaga nama baik Kolej dan menghormati semua kakitangan Kolej pada setiap masa.


KESALAHAN BESAR

1.         Berjudi

Tiada seorang pelajar dan tiada sesuatu pertubuhan badan atau kumpulan pelajar boleh mengatur, mengurus, menjalankan atau membantu dalam mengatur, mengurus, menjalankan atau menyertai apa-apa judi, pertaruhan atau loteri  di dalam kawasan atau mana-mana bangunan milik Kolej PSDC.

2.         Gangsterisme

Pelajar adalah dilarang sama sekali dari menubuhkan atau menyertai atau melibatkan diri dalam apa jua aktiviti atau kumpulan yang berbentuk ‘Gangsterisme’.

3.         Berkhalwat / Berzina

Mana-mana pelajar Kolej didapati bersama dengan pasangannya (berlainan jantina)tidak kira samada seseorang itu Islam atau tidak dan mereka itu bukan isterinya/suaminya atau bukan mahramnya di tempat sunyi, atau dalam sebuah bilik pada mana-mana bangunan Kolej atau asrama Kolej atau di luar Kolej dalam keadaan yang boleh mendatangkan syak atau mereka ada bertujuan melakukan zina adalah menjadi satu kesalahan besar.

4.         Ajaran Sesat

Seseorang pelajar Islam tidak boleh melakukan pemujaan atau penyembahan atau ajaran sesat atau ilmu hitam atau mana-mana aktiviti yang bercanggahan dengan ajaran Islam.

5.         Minuman Keras

Tiada seorang pelajar Kolej boleh meminum atau dalam miliknya atau di bawah jagaannya atau kawalannya apa-apa minuman keras dalam atau di kawasan asrama.
           
Seseorang pelajar yang didapati dalam keadaan mabuk akibat dari meminum minuman keras adalah bersalah atas suatu kesalahan tatatertib.

6.         Dadah / Ganja / Racun

Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaannya atau kawalannya apa-apa dadah atau racun.

Tiada seorang pelajar boleh mengguna, memberi, membekal, mengada atau menawarkan atau bercadang hendak memberi, membekal, mengada atau menawarkan apa-apa dadah atau racun kepada mana-mana orang. Seseorang pelajar yang didapati dalam keadaan pengaruh apa-apa dadah atau racun adalah bersalah atas suatu kesalahan tatatertib.

7.         Makanan Tidak Halal

Pelajar adalah sama sekali dilarang membawa makanan tidak halal ke dalam  kampus mahupun asrama.

8.         Mencuri

Pelajar  adalah dilarang sama sekali mengunakan, mengambil atau dalam erti kata lain mencuri barang – barang tidak kira sama ada harta kepunyaan kampus, asrama mahupun milik rakan ataupun mana – mana organisasi atau individu luar.

9.         Ragging

‘Ragging’ dalam segala bentuk adalah dilarang sama sekali .Permainan yang membahayakan seperti membaling “waterbomb” dan sebagainya adalah juga dilarang.

10.       Membawa atau Menggunakan Senjata Berbahaya

Pelajar tidak dibenarkan membawa, menyimpan, memiliki, mengedar atau menggunakan senjata atau benda tajam yang boleh mencederakan atau memudaratkan individu lain.

11.       Merusuh atau Demonstrasi

Pelajar – pelajar tidak dibenarkan mengadakan, menyertai atau melibatkan diri dalam sebarang perjumpaan haram, demostrasi atau rusuhan tidak kira sama ada ianya dilakukan ketika di dalam kampus mahupun di luar.

12.       Lumba Haram

Pelajar – pelajar  adalah dilarang daripada menyertai, menganjurkan atau melibatkan diri dalam sebarang perlumbaan haram tidak kira sam ada perlumbaan motor ataupun kereta.

13.       Bahan Lucah

Tiada seorang pelajar dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar  bagi membahagikan, mengedar atau mempamerkan atau menyebabkan dibahagikan, diedar atau mempamerkan atau menyebabkan membahagikan, mengedar atau mempamerkan atau dipamerkan atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam membahagi, mengedar atau mempamerkan apa-apa bahan lucah di dalam kawasan asrama; seseorang pelajar adalah disifatkan sebagai membahagikan, mengedar atau mempamerkan sesuatu bahan lucah, tidak kira sama ada pembahagian, pengedaran atau pameran adalah untuk mendapat bayaran atau apa-apa balasan lain. Tiada seorang pelajar boleh dengan sengaja melihat atau dengan sengaja mendengar apa-apa bahan lucah.

14.       Menyertai Pertubuhan Politik

Tiada seseorang pelajar boleh menyertai atau mengambil bahagian dalam mana-mana parti politik  samada secara rasmi atau tidak rasmi.

 

KESALAHAN RINGAN

1.         Tidak Mematuhi Etika Berpakaian PSDC

Pelajar dikehendaki mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej ketika berada di dalam kawasan kampus.

2.         Berbahasa kesat

Pelajar dilarang berbahasa kesat atau lucah atau kasar ketika berada di dalam kampus tidak kira sama ada semasa berinteraksi dengan pensyarah atau kakitangan Kolej ataupun ketika berinteraksi sesama rakan sebaya.

3.         Merokok di kawasan kampus

Pelajar adalah dilarang merokok di mana-mana bahagian atau tempat di dalam kawasan kampus PSDC yang tidak diwartakan sebagai kawasan merokok. Kawasan yang telah diwartakan adalah di wakaf/pondok kawasan Blok Elektrikal ( di antara blok B & blok C) dan di belakang Wisma ICT.

4.     Kegiatan di Luar Kampus

Tiada pelajar, pertubuhan, badan  atau kumpulan pelajar, boleh menganjurkan, menjalankan atau menyertai apa-apa kegiatan di luar kampus yang mendatangkan kesan buruk  secara langsung kepada Kolej atau yang memudaratkan kepentingan Kolej.

 

PERATURAN BERPAKAIAN DAN RUPA DIRI
BAGI PELAJAR PSDC

Text Box: Pelajar Lelaki          

Bagi hari Isnin & Jumaat Sahaja

CIRI UMUM PAKAIAN

a. Berpakaian formal bagi pelajar DSK, DTE, DME, dan DKM
b. Bersih dan kemas

BAJU
~ Berbaju kemeja dan hendaklah dimasukkan ke dalam
~ Bertali leher
~Bagi pelajar kursus Juruelektrik, Mekatronik,Teknologi Elektronik Industri & Instrumentasi  Perindustrian & Kawalan dibolehkan memakai Baju T-Shirt berkolar dengan syarat ianya tidak mempunyai perkataan atau gambar yang membawa pengertian liar dan hendaklah dimasukkan ke dalam.Walau bagaimanapun ketika menggunakan makmal seperti Makmal Komunikasi & Micro-P, Makmal EMS, Makmal Elektronik Asas & Makmal Pneumatics, pelajar dikehendaki memakai baju makmal.

SELUAR
~ Seluar Slack
~ Tidak koyak dan bertampal-tampal
~ Kaki seluar tidak berserabut dan berbulu

KASUT
~ Bertutup dan sempurna
~ Pelajar dibolehkan memakai Kasut sukan kecuali Sandal dan selipar tidak dibenarkan.

RAMBUT
~ Kemas dan diurus rapi
~ Tidak panjang (rambut belakang tidak melebihi kolar baju,rambut hadapan tidak melebihi kening dan   rambut tepi tidak menutup telinga.)
~Tidak diwarnakan.

Kepada pelajar yang berminat, dibolehkan memakai berbaju melayu pada hari Jumaat.

Bagi hari Selasa , Rabu & Khamis sahaja

Boleh berpakaian bebas :-

~ T/shirt berkolar & seluar panjang
    (Seluar jeans hanya boleh dipakai ketika berada di dalam makmal kemahiran bagi pelajar kursus    Juruelektrik,  Mekatronik,Instrumentasi Perindustrian & Kawalan,  Teknologi Elektronik Industri)
~ Seluar pendek tidak dibenarkan
~ Kasut    
   (Sandal dan selipar tidak  dibenarkan)

Peraturan Am

Rambut mestilah tidak melebihi kolar baju, telinga dan kening serta tidak diwarnakan.
Sebarang pemakaian rantai leher ,subang , gelang , lencana, cincin  atau mana – mana lambang yang bercanggah adalah dilarang sama sekali. 
Sebarang pemakaian topi, kopiah  atau apa – apa saja yang menutup kepala adalah dilarang ketika berada di dalam bilik kuliah,makmal dan juga bangunan Pentadbiran.
Kad matrik wajib dipakai ketika berada dalam kawasan kampus.

 

Text Box: Pelajar Perempuan 

Bagi hari Isnin & Jumaat sahaja

Pelajar – pelajar Islam adalah diwajibkan memakai tudung dan baju kurung (tidak boleh seksi, jarang dan menampakkan susuk tubuh)

Kasut bertutup atau sandal bertali belakang
(Tidak dibenarkan memakai selipar semasa kuliah.)

Bagi hari Selasa, Rabu & Khamis sahaja

Pelajar – pelajar Islam adalah diwajibkan memakai tudung dan baju kurung (tidak boleh seksi, jarang dan menampakkan susuk tubuh)

Dibolehkan memakai seluar panjang ( tidak boleh ketat, seksi dan jarang) dan kemeja longgar  yang melepasi paras punggung dan tidak menjolok mata ( tidak boleh ketat, seksi dan jarang)

Bagi pelajar bukan Islam, anda dibenarkan memakai apa – apa fesyen pakaian asalkan ia bersopan dan tidak menjolok mata. (cth :-skirt labuh yang melepasi paras buku lali )

Kasut bertutup atau sandal bertali belakang
(Tidak dibenarkan memakai selipar semasa kuliah.)
Kad matrik wajib dipakai semasa berada dalam kawasan kampus

 


« Kembali ke Muka Hadapan

SUK PAHANG


e-student

Aktiviti Kelab  Pelajar 2010

Aktiviti Kelab

 

Peluang Kerjaya

Klik Di Sini

 

Semakan Maklumat Akademik Pelajar

Daftar Di sini

 

Anda mempunyai sebarang komen/aduan?

Masuk Di Sini

 

Permohonan Online
Kemasukan Sesi Jan 2011

click_here_2.gif - (3K)

 


JUMLAH PELAWAT
56493
Hari Ini79
Semalam128
Semua56493
  

New Page 1

Risalah Ramadhan 1431H

< muatturun >


New Page 1

                    



Kemaskini Terakhir: 6 September 2010
© 2007-2010 Kolej PSDC, Kuantan, Pahang Darul Makmur
Phone : +609-5673200 Fax : +609-5673192 . All rights reserved.