DME | DTE | DTK | IPK | JEK

Diploma Teknologi Komputer (DTK)
Tarikh Kemaskini: 17 Jun 2010

 

KONSEP LATIHAN

  • Bahasa penghantar adalah Bahasa Melayu.

  • Tempoh latihan selama 3 tahun (6 semester) termasuk Latihan Industri pada  semester 6.

  • Pembelajaran dalam bentuk praktikal (70%) dan teori (30%).

  • Sepanjang 3 tahun pengajian, pelajar akan mengikuti 2 silibus:

1.      Silibus KOLEJ PSDC

2.      Silibus JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN - JPK(dahulunya MLVK)

 

 

PENGIKTIRAFAN

Program ini telah mendapat Perakuan Akreditasi Provisional dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA atau dahulunya LAN) bermula 1 Ogos 2008 sehingga 31 Julai 2011. Pengambilan pertama adalah pada sesi Julai 2009.  Permohonan Akreditasi Penuh akan dikemukakan kepada MQA sebelum kohort pertama pelajar masuk ke semester terakhir program.

 

 

 

Laman Web Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

 

 

PENGANUGERAHAN

Di akhir pengajian, pelajar akan menerima penganugerahan sijil dari dua (2) agensi seperti berikut:


1) Oleh KOLEJ PSDC  :    Diploma Teknologi Komputer

2) Oleh JPK               :    Sijil Pembantu Juruteknik Sistem Komputer - Tahap 2

                                     Sijil Juruteknik Sistem Komputer  - Tahap 3                   

 

 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Adalah untuk melahirkan pelajar yang:

  • Berkemahiran untuk membuat pemasangan lengkap perkakasan sistem komputer.

  • Berkemahiran untuk memasang sistem pengoperasian (OS), perisian-perisian aplikasi dan utiliti.

  • Berupaya untuk melakukan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) terhadap sistem komputer.

  • Berkemahiran untuk mengesan dan membaikpulih kerosakan perkakasan dan perisian komputer.

  • Berkemahiran untuk menaiktaraf sistem komputer dari segi perkakasan & perisian.

    Berupaya untuk membuat pendawaian rangkaian & memasang Network Operating System (NOS).

    Selain daripada kemahiran-kemahiran teknikal di atas, pelajar-pelajar juga dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran IT yang lain seperti :

 
  • AutoCAD

  • Flash

  • Adobe Photoshop

  • Asas Pengaturcaraan

  • Pengkalan Data

  • HTML

  • PHP

  • Dreamweaver

  • E-Dagang

  • Microsoft Office

 

PELUANG KERJAYA

Selepas tamat pengajian, peluang kerjaya yang boleh direbut oleh pemegang-pemegang Diploma Teknologi Komputer Kolej PSDC adalah dalam bidang seperti berikut :

  • Juruteknik Sistem Komputer
  • Juruteknik Rangkaian Komputer
  • Pembantu Pelukis Pelan (Pembantu Arkitek)
  • Animasi dan Grafik
  • Pembangunan Lawan Web Interaktif
  • Usahawan Internet

 

KELAYAKAN MASUK

1.   SPM/SPMV dengan 3 kredit - Bahasa Melayu + 2 subjek lain + lulus Matematik, ATAU

2.   Lepasan Sijil Politeknik/IPTA dalam bidang yang berkaitan.

 

PENGAMBILAN

Terdapat dua (2) kali pengambilan iaitu:

·          Sesi Januari – Bulan Disember & Januari setiap tahun

·          Sesi Julai – Bulan Mei, Jun , Julai & Ogos setiap tahun

Permohonan boleh dilakukan secara online

 

 

SILIBUS

Silibus program DTK ini adalah gabungan dari dua (2) agensi iaitu Kolej PSDC dan juga JPK. 

Semester 1
Bil Subjek
1 Sistem Perkakasan Komputer
2 Sistem Perisian Komputer
3 Pengenalan Komputer
4 Etika Kerja Pengkomputeran
5 Professional Communication
6 Matematik I
Semester 2
Bil Subjek
1 Pengurusan Pengkomputeran
2 Asas Senibina Komputer
3 Asas Pengatucaraan
4 Pengurusan Pejabat
5 Statistik
6 Bahasa Kebangsaan

 

Semester 3

Bil

Subjek

1 Perancangan & Pembangunan Projek
2 Pengoperasian Kerja/Teknikal
3 Asas Rangkaian Komputer
4 Pengurusan Organisasi
5 Asas Teknologi Multimedia
6 Business Communication

 

Semester 4

Bil

Subjek

1 Pengurusan Infrastruktur Rangkaian
2 Penyeliaan Operasi
3 Produksi Multimedia
4 Pengaturcaraan WEB
5 Grafik Komputer
6 Sistem Pangkalan Data

 

Semester 5

Bil

Subjek

1

Rekabentuk Web Interaktif

2

Komunikasi Grafik

3

E-Dagang

4

Keusahawanan

5

Pengajian Malaysia

6

Pengajian Islam / Pendidikan Moral

7 Projek

 

Semester 6

Menjalani Latihan Industri

 

 

PINJAMAN PENDIDIKAN & WANG SARA HIDUP DIJAMIN 100%

 

Pinjaman pendidikan merangkumi wang sara hidup (MAKSIMUM RM 535.50 SEBULAN) dijamin 100% bagi pelajar yang layak dan pihak Kolej PSDC akan membantu pelajar menguruskan pinjaman tersebut melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Negeri, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Perkeso.

 

 

BANTUAN KEWANGAN

 

Agensi di bawah memberi bantuan kewangan secara percuma atau pinjaman kepada pemohon yang layak. 

Sila klik Nama Agensi untuk mengetahui syarat kelayakan memohon :-  

Agensi

Bantuan

Jenis

Jumlah

Layak Memohon

Yayasan Pahang

Wang Geran

Percuma

RM 500.00

Anak Pahang

Yayasan Terenganu

Wang Dana

Percuma

RM 750.00

Anak Terengganu

Negeri Selangor

Hadiah Pengajian IPT

Percuma

RM 1000.00

Anak Selangor

MARA

Wang Pendahuluan Pinjaman

Pinjaman

Maksimun

RM 1500.00

Warganegara Malaysia Status Bumiputera

 Pakaian

 Anda diwajibkan mengikut syarat-syarat berpakaian yang telah ditetapkan serta membawa peralatan yang diperlukan semasa mengikuti program ini.


Hari Pendaftaran & Hari Kuliah

Program Mesra Siswa

Pelajar Lelaki

·    Baju Kemeja / T-shirt berkolar 

·    Seluar Slack

·    Bertali Leher

·    Kasut bertutup

 Pelajar Perempuan

·    Pelajar Islam -  Berbaju kurung / Blaus / Kemeja 

·    Pelajar Bukan Islam dikehendaki memakai pakaian sopan

·    Kasut bertutup

 

Pelajar Lelaki

·    T-shirt sukan & Track bottom

·    Baju Melayu (untuk kegunaan solat)

·    Kasut sukan

  

Pelajar Perempuan

·    T-shirt sukan & Track bottom

·    Kain sembahyang (muslim sahaja)

·    Kasut sukan

 

 

PENGINAPAN     

Asrama disediakan kepada pelajar yang memerlukan tempat penginapan.  Yuran asrama sebanyak  RM 120.00 sebulan termasuk bayaran elektrik & air.  Peralatan yang disediakan adalah katil, tilam & almari. Anda perlu membawa bantal, sarung bantal, cadar dan keperluan lain.

 Perkhidmatan bas dari asrama ke Kampus PSDC (Jarak ~ 3 KM) akan disediakan secara PERCUMA bagi pelajar yang tinggal di asrama sahaja.  PENGINAPAN adalah TERHAD kepada yang membuat pengesahan  awal.

 SEMASA HARI PENDAFTARAN 

PERHATIAN: TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE KOLEJ PSDC AKAN TERBATAL DENGAN SENDIRINYA SEKIRANYA KEPUTUSAN SPM SEBENAR ANDA BERLAINAN DENGAN KEPUTUSAN SPM YANG DIBERIKAN KEPADA KOLEJ PSDC.

  Pada hari pendaftaran, anda perlu membuat pembayaran seperti berikut:-

No

Jenis Yuran

Jumlah

1

Pendaftaran

RM 300.00

2

Deposit asrama
(Bagi yang menginap di asrama SAHAJA)

RM 120.00

Jumlah

RM 420.00

·          Bagi tujuan pengesahan, pengumpulan data pelajar dan pinjaman pendidikan, anda diminta membawa dokumen ASAL DAN SALINAN seperti di bawah yang telah disahkan oleh Ketua Kampung, Penghulu, atau Pegawai Kerajaan kumpulan A pada hari pendaftaran:- 

No

Dokumen

Jumlah

1

Salinan Sijil SPM / SPMV / SMA / JPK (dahulu dikenali sebagai MLVK)

4

2

Salinan Sijil Berhenti Sekolah

2

3

Salinan Sijil Kelahiran pelajar, ibu dan bapa (sekiranya sijil kelahiran hilang sila bawa surat akuan @ pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran)

1

4

Salinan Kad Pengenalan pelajar, ibu dan bapa

3

5

Salinan Slip Gaji dan Borang J ibu dan bapa yang disahkan oleh majikan

2

6

Salinan Surat Tawaran dari Kolej PSDC

2

7

Surat pengesahan pekerjaan dan pendapatan dari penghulu atau wakil rakyat diperlukan bagi ibu bapa yang bekerja sendiri.

2

8

Surat pengesahan permastautin melebihi 10 tahun dari Penghulu Mukim bagi pelajar yang bukan kelahiran Pahang diperlukan sekiranya berminat memohon pinjaman pendidikan Yayasan Pahang.

1

9

Gambar berukuran passport – Pelajar perempuan beragama Islam dikehendaki memakai tudung.

4

  Aturcara ringkas pada hari pendaftaran: 

Masa

Aturcara

9.00 pagi Pendaftaran pelajar baru
10.00  pagi

Majlis bermula

 - Bacaan Doa

 - Taklimat Kolej PSDC \ Pinjaman \ Hal Ehwal Pelajar

 - Perasmian

 

2.30  petang Bertolak ke lokasi Program Mesra Siswa

PENGESAHAN PENERIMAAN TAWARAN 

Sila buat pembayaran Wang Pendahuluan Pendaftaran (WPP) sebanyak RM 200.00            (tidak dikembalikan)sebagai bayaran penerimaan melalui salah satu cara di bawah:-

  a) Wang Pos / Kiriman Wang / Cek atas nama PSDC Technology (M) Sdn Bhd    

  b)Bank-in dimana-mana cawangan Bank Islam Berhad (BIMB).                                        

No. Akaun: 601 901 003 9757 atas nama akaun PSDC Technology (M) Sdn Bhd

  c)Membuat pembayaran secara tunai di Kolej PSDC

 Untuk tujuan pengesahan penerimaan tawaran, sila kembalikan dokumen di bawah kepada Unit Kemasukan Pelajar, Kolej PSDC:-

1.      Borang Pengesahan Terima Tawaran

2.      Salinan Slip SPM

3.     WPP dalam bentuk wang pos / kiriman wang / cek ATAU bukti pembayaran WPP - slip BIMB

 Kesemua dokumen di atas perlu dihantar sebelum atau pada seperti jadual di bawah:- 

PENGAMBILAN

Julai 2010

Jan 2011

TARIKH PENDAFTARAN

18 Mei / 22 June / 13 Julai / 13 Ogos 2010

-

TEMPAT

Kampus PSDC – 9.00 pagi

 

 

anda perlu

PERTANYAAN

 

   Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai program ini, sila:

 

 1.       Hubungi Consultant Advisor Kolej PSDC.

 

Umi:014-841 2760  |  Farid:013-916 0378  |  Izzat:017- 942 1975

Dfara:019-962 5282  |  Suzie:017-989 9467  |  Nadia:014-800 5586

 

 

 

2.       Menghantar emel kepada Unit Kemasukan Pelajar Kolej PSDC

 

 

« Kembali ke Muka Hadapan

SUK PAHANG


e-student

Aktiviti Kelab  Pelajar 2010

Aktiviti Kelab

 

Peluang Kerjaya

Klik Di Sini

 

Semakan Maklumat Akademik Pelajar

Daftar Di sini

 

Anda mempunyai sebarang komen/aduan?

Masuk Di Sini

 

Permohonan Online
Kemasukan Sesi Jan 2011

click_here_2.gif - (3K)

 


JUMLAH PELAWAT
56540
Hari Ini9
Semalam65
Semua56540
  

New Page 1

Risalah Ramadhan 1431H

< muatturun >


New Page 1

                    



Kemaskini Terakhir: 6 September 2010
© 2007-2010 Kolej PSDC, Kuantan, Pahang Darul Makmur
Phone : +609-5673200 Fax : +609-5673192 . All rights reserved.